Thursday, December 31, 2009


Imbasan 2009


Esok dah nak masuk tahun baru, 2010... 

Let's reflect on memories of the year before moving forward...



Januari
  • Diuji dengan sedikit musibah, rumah dimasuki pencuri ketika berseorangan di rumah sewa, Alhamdulillah masih di bawah lindunganNya.
  • Kemudian, kambing hijau pulak dirempuh oleh sang kancil yang tak berlampu ketika pulang dari surau selepas solat isyak berjemaah.






    Februari
    • Dinobatkan sebagai Best Striker Bowling Jabatan.. Kahkahkah.. bangga campur tak percaya, sebab masa tu, baru kali ke-2 sepanjang idup main bowling.. masing2 tak pandai main, main tibai baling jer la..


    April
    • First time attend Hari Politeknik di PSMZA, banyak jugak aktiviti dijalankan tapi sekadar menghadiri dan memerhati sajer.
    • Masa Majlis Konvokesyen Ke-6 PSMZA, ditugaskan sebagai salah seorang gadis dulang, siap ngan jubah lagi, sebagai protokol untuk bawak sijil, angkat dulang, sambut cenderahati VIP kat atas pentas bagi mengedarkan sijil2 untuk semua pelajar yang berjaya menamatkan pengajian masing-masing. Terasa macam graduate kali ke-2 lak... Hehehe
    • Dan jugak sempat bersantai di Agro Resort Setiu selama 2 hari 2 malam, semasa ditugaskan sebagai fasilitator untuk bawak budak2 ke kem Care4U.




    Jun
    • Berkelah bersama keluarga di Air Terjun Sekayu, Ajil. Siap dapat gelaran "hantu air" lagi tu gara-gara 5 jam berendam dalam air...kuikuikui...




    Julai
    • Memang bulan berkursus, Awal bulan, gi kursus 3P di Ipoh selama 3 minggu. Sambil menyelam, sambil minum air... Sempat la berkunjung ke Cameron Highland dan merasa Mee Udang Kuala Sepetang yang famous tu, yang masuk dalam Jalan-Jalan Cari Makan tu, tapi memang betul, best...
    • Hujung bulan pulak, kena pergi kursus induksi di Sungai Petani, Kedah. 2 Minggu. Memang tak lekat langsung kat umah. Sia-sia jer bayar sewa...




    Oktober
    • Semuanye berkisar tentang politeknik, Sambutan Raya Jabatan yang dihadiri oleh Tuan Pengarah sendiri, buat julung kalinya, satu pengiktirafan bagi kami warga jabatan dan pada tarikh spesel lg, 20 Oktober (cam nak sambut birthday kiter jer, hehehe)..
    • Pastu, sambutan Raya Politeknik pulak, semua makan..makan...makan... tombam den bulan ni...



    November
    • Banyak gak aktiviti bulan ni, dapat Kursus BTN last minit, kat Air Keroh, Melaka. Nasib baik Melaka, abang ada kat sana, apa lagi, tak lepaskan peluang, jalan2...
    • Dapat jumpa Atikah sayang, Jalan-jalan kat Melaka, Naik Menara Taming Sari, Shopping kat Dataran Pahlawan, Makan Yong Tau Foo Special dan balik ngan wife baru Abang Zul, Pn.Vios..
    • Sambutan AidilAdha yang sangat meriah, semua balik... besarnyer family...
    • Gi jalan2 lagi kat Setiu, makan sotong goreng, main pasir pantai, ngan Pn.Vios lagi...
    • Santai kat Pantai Teluk Kemang, Kemasik, bersama budak2 poli, best jugak seposen tengok diaorang main...
    • Facing huru-hara di minggu Audit KPTM, alhamdulillah selamat... 



    Disember 
    • Terlibat dalam handling Perhimpunan Bulanan Jabatan buat julung kalinya... boleh tahan meriahnya.. salah satu kebanggaan buat jabatan.
    • YES di KL dan bercuti ke Genting Highlands ngan my dearest sister n kakak angkatnyer. Sonok sangattt...


      
    Rumusan

    Walaupun di awal tahun, diuji dengan sedikit ujian tapi Dia telah gantikannya lebih dari apa yang diuji. Banyak yang dihajati selama ni telah dapat dicapai terutamanya hasrat nak ke Cameron Highlands dan Genting Highlands  sejak sekian lamanya telah diizinkanNya tanpa dirancang pun. Alhamdulillah... Tapi apa yang dipohon, masih ada yang bersisa. Semoga tahun depan, semuanya diperkenankan olehNya. Amin...


    Liliana Serina blogged at 10:53:00 AM



    Wednesday, December 30, 2009

    Genting Highlands


    Hari Ahad, 28 Dis 2009



    Dah lama nak gi tapi takut... yer la, tempat cam gitu..
    Kalau tuhan nak turun bala, semua akan kena tapi tawakal jer la, niat nak melawat bukannyer nak buat yang ditegahNyer pun.






    Tapi silap timing, school break, hujung minggu pulak tu.. manusia seluruh alam datang... Buang masa ngan beratur jer. Tapi alang-alang dah sampai, teruskan la jugak...











    Nak gi sana, kena naik SkyWay atau nama famousnyer, En. Gondola..





    Suspen sangat, tak berani nak sembang, tinggi tu, separas awan, huhuhu..











    Dapat pusing2 dalam taman tema, sonoknyer... 



























    Perasaan kat London, Sejuk...























    Kat Chocolate Corner, Beryl's..











    Naik Cycling Boat...


















    Classic car...









    Dalam sonok2, Alhamdulillah, syukur sangat sebab selamat pergi dan kembali semula. Tak sia-sia, amik cuti 3 hari penghujung tahun 2009 ni... Thanks alot my dearest sister and Kak Ina, takde korang, tak sampai la nampak gayanya. Tahun depan plan gi tempat lain lak yer..


    Liliana Serina blogged at 10:43:00 AM



    Thursday, December 17, 2009

    Perhimpunan Bulanan Politeknik

    16 Disember 2009, Dewan Kuliah Utama, PSMZA

    Julung kalinya di bawah kelolaan Jabatan Terkecil di PSMZA, Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi, JTMK.


    Penutup perhimpunan bulanan bagi tahun 2009...

    Kekalutan exam final tak menghalang semua warga JTMK untuk menjayakan perhimpunan terakhir pada tahun ini...

    Pembaharuan yang dibuat, agak mengImpresskan ramai pihak termasuklah Tuan Pengarah sendiri,


    Paling terserlah, Pengrekodan kehadiran berkomputer secara atas talian yang mampu mengeluarkan peratus kehadiran staff secara terus pada slaid mengikut Jabatan.
    From my point of view, I guess la.. hehehe..


    Gambaran di sekitar persiapan..





    Tahniah dan syabas kepada semua warga JTMK yang terlibat...


    Liliana Serina blogged at 10:22:00 AM