Tuesday, January 30, 2007

Senyum Sikit !!!

Setelah seminggu kelam-kabut ngan lawatan dari En. RosLAN, Alhamdulillah semuanya berakhir dengan senyuman kerana pihak LAN dan datin sendiri berpuas hati...

So, jom la kita senyum-senyum sikit ngan cerita di bawah ni...

Alahai Menantu

Pak kasim seorang yg tamak harta.. dia menawarkan anak dara suntinya yg cun melecun kepada golongan yg kaya raya sahaja.. suatu hari datang la seman, seorang usahawan muda ingin melamar anak pak kasim. beliau cukup sifat tanpa cacat cela tetapi beliau malas solat.

Setelah 3 hari berkahwin..seman masih duk kat umah mentuanya. setelah azan maghrib berkumandang. .pak kasim mengajak seman utk solat maghrib berjamaah.seman gelabah..sbb sebelum ini dia tak pernah solat.Lalu seman masuk ke bilik untuk menemui isterinya. "yang.. camner ni..abg tak penah solat ni" "takpe bang.. abg ikut je ape yg ayah buat" isterinya berbisikperlahan. .

Seman pun keluar untuk solat bersama pak kasim. setelah pak kasim takbir..seman ikut takbir... lalu pak kasim membaca surahalfatihah.."bismillahirrahmanir rahim..." seman pun turut membaca bismillah dengan lantang... "bismillahirrahmanir rahim..."


Aisyh! pelik menantu aku ni. mazhab mana yg dia ikut? setahu aku imam jeyg baca kuat.. getus hati pak kasim..pak kasim buat selamba. dia terus membaca surah al-fatihah. seman pun turut membaca surah al-fatihah dgn kuat seolah-olah seorang budak yg baru nak belajar mengaji. pak kasim pelik.. lalu dia terus berpaling ke belakang utk melihat seman. seman turut berpaling ke belakang kerana mengikut gerak langkah pak kasim.

"ish! gila ke menantu aku ni??"Pak kasim berjalan ke depan utk menjauhkan diri dari seman. Seman turutberjalan ke depan mengikut langkah pak kasim. Pak kasim terus melarikan diri melalui pintu depan dan terus menuju ke sawah di tepi rumahnya. Seman terus berlari mengejar pak kasim sampai ke tepi sawah. tiba-tibapak kasim tergelincir lalu jatuh ke dalam sawah padi.

Seman pun turut menjatuhkan badannya ke dalam sawah seolah-olah tergelincir. Pak kasim pun terus bertanya kepada seman."seman. apesal yg ko ikut aku sampai ke sawah ni?"

"ayah.. susah nye nak solat maghrib ni. baru saya tau. sampai kena berlari.."



Liliana Serina blogged at 4:09:00 PM



Monday, January 15, 2007

Good luck kengkawan semua ngan kerja baru!!!

Pejam celik, pejam celik dah dua tahun setengah kerja kat PTPL ni... mula masuk dulu bulan Nov 2004. Sekarang dah bulan Jan 2007...

Sejak mula masuk PTPL, ramai yang dah berjaya dapat kerja lain terutamanya teman2 kamcing... dan dah kering air mata... sampaikan dah tak larat nak sedih lagi..

Bermula ngan nani yang dapat KPLI kat Kedah:





Pastu Cik Tie yang juga dapat KPLI, kena posting kat Sarawak nunnnn... Agak terasa sebab dia la teman yang selalu temankan orang gi mana2 lepas balik keja bagi ilangkan tension kerja kat PTPL ni...







Pastu Aina yang berenti kerja sebab ada masalah kesihatan. Tapi sekarang ni dapat offer kat Kemaman pulak...


Baru je nak serasi ngan Farida, budak ni pulak berlalu... KPLI jugak kat KL. Budak ni macam CikTie jugak la... best dan amat memahami...











Dan lagi Farizan jugak dapat KPLI kat Melaka. Pernah jadi rakan komplot untuk buat sesuatu aktiviti bersama.. hehhehe..








Pastu pulak, tokey bas mini yang sentiasa menceriakan suasana bilik lecturer PTPL, dapat kat Politeknik Dungun.. Dah takde la pagi2 yang tersengih kat depan kelas masa org ada kelas... Dengan trade mark "Sengeh..sengeh..sengeh.. sengeh"...






Apa pun.. ikhlas orang doakan, moga semuanya berjaya dalam kerjaya dan hidup masing-masing dunia akhirat.. dan jangan lupa orang kat sini yang still ingat korang semua sebagai teman yang pernah rapat pada suatu masa dulu... Moga ukhwah persahabatan terjalin selamanya...


Bila pulak turn orang agaknya yer... atau kalau ditakdirkan kekal kat PTPL, pasti orang akan cuba jadi seorang kakitangan yang terbaik... Insyaallah




Liliana Serina blogged at 12:30:00 PM