Tuesday, October 31, 2006


Bila Talian Sibuk...


Bayangkan pada saat kita berdoa dan mendengar ini: "Terima kasih, Anda telah menghubungi Rumah Allah ".

Pilih salah satu: * Tekan 1 untuk 'meminta'. * Tekan 2 untuk 'mengucap syukur'. * Tekan 3 untuk 'mengeluh'. * Tekan 4 untuk 'lain-lain permintaan'."

Atau, bagaimana jika Malaikat memohon maaf seperti ini: "Saat ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain. Sila tunggu. Panggilan Anda akan dijawab mengikut giliran."

Bolehkah Anda bayangkan ketika berdoa,
Anda mendapat respon seperti ini: "Jika Anda hendak berhubung dengan Malaikat Jibril,
tekan 1. Dengan Malaikat Mikail,
tekan 2. Dengan lain-lain Malaikat,
tekan 3. Jika Anda ingin mendengar sari tilawah semasa Anda menunggu,
tekan 4." "Untuk pertanyaan mengenai hakikat syurga & neraka, sila tunggu hingga Anda tiba disini!!"

Atau Anda juga boleh mendengar ini : "Komputer kami menunjukkan bahwa Anda telah membuat panggilan sebanyak satu kali pada hari ini. Sila cuba kembali esok hari." atau, "Pejabat ini ditutup pada hujung minggu. Sila hubung kembali pada hari Isnin selepas pukul 9 pagi."

Alhamdulillah, Allah SWT mengasihi kita, Anda dapat menaliponNya setiap saat!!! Anda boleh memanggilNya pada bila-bila masa saja dan Dia mendengar Anda. Apabila memanggil Allah, Anda tidak akan mendapat nada sibuk. Allah menerima setiap panggilan dan mengetahui siapa pemanggilnya secara peribadi.

Ketika Anda memanggil, gunakan nombor utama ini: 24434
2 : shalat Subuh
4 : shalat Zuhur
4 : shalat Ashar
3 : shalat Maghrib
4 : shalat Isya

Info selengkapnya ada di Buku Talipon berjudul "AlQur'anul Karim & Hadis Rasul" Hubungan secara terus, tanpa Operator, tanpa Perantara, tanpa bayaran. Nombor 24434 ini memiliki jumlah saluran hunting yang tak terbatas dan dibuka 24 jam sehari 7 hari seminggu 365 hari setahun !!.


Liliana Serina blogged at 12:39:00 PM



Saturday, October 14, 2006

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan:
SELAMAT HARI RAYA
&
MAAF ZAHIR BATIN
kepada semua
pelajar, staff, ex-pelajar dan ex-staff
Kolej PTPL Terengganu, Institusi Kemahiran ShowMe, Open Universiti (PPU Terengganu)
Rakan-rakan SMAASZA96


Liliana Serina blogged at 10:13:00 AM



Thursday, October 12, 2006

Dalam orang lain tengah sibuk berpuasa dan dah mula merasai suasana nak beraya tapi sekarang ni pulak
budak-budak kolej PTPL Terengganu tengah sibuk pulun buku... maklum le exam final bagi sesi Jun 2006 sedang berjalan. Hari ni dah masuk seminggu exam, tinggal dalam seminggu je lagi.

Tapi paper student saya semuanya dah berakhir, semua report untuk masuk meeting pun dalam proses nak siap jugak la sebelum di hantar ke Head Office kat Shah Alam untuk Senate Meeting sebelum result sebenar student dapat diumumkan...

Lepas semak semua paper, terkilan jugak la sebab tak sampai target. Sepatutnya yang skor lagi ramai memandangkan soalan yang keluar kebanyakannya dah dibincangkan masa tutorial dan latihan dalam kelas.

Tapi takpe la... bak kata orang, setakat yang termampu je la kan... Selebihnya terserah la pada yang Maha Kuasa.


Apa yang saya boleh kongsi, dan nak bagi budak-budak yang berjaya skor untuk subjek yang diamik bangga sikit dan rasa berbaloi dengan usaha diorang, saya buat list sikit ikut subjek yang berjaya dapat A (Paper saya je la).


Kat bawah ni yer:


TTML 1224: PENGENALAN KEPADA PANGKALAN DATA
1) NIK MOHD ANNUAR BIN NIK NORDIN
2) RINA SALWANA BINTI WAHID
3) EFARUMI BIN EFFENDI


QPML 0073: MATEMATIK PENGUKUHAN
1) WAN SUHAIDA BINTI WAN ROSLI (DPG)
2) NOOR HIDAYAH BINTI MOHD (DTMP)
3) NORAZWA BINTI MOKHTAR (DTMP)
4) SITI MAISARAH AKMA BINTI ADNAN (DTMP)


TTML 1023: E-DAGANG
1) ZARIFAH BINTI MUSTAFA (DPG)
2) MOHD ROZAIROL AZWAN BIN HASSAN (DTM)

TAHNIAH!!!
MOGA SEMESTER DEPAN LAGI CEMERLANG...


Liliana Serina blogged at 9:29:00 AM



Saturday, October 07, 2006


Ini le semua semua staff PTPL Terengganu setakat 03 Oktober 2006...

Terdiri dari Lecturer, Pengetua, C & C, Librarian...

Pemandangan depan kolej PTPL Terengganu


Liliana Serina blogged at 1:02:00 PM



Friday, October 06, 2006

PERTANDINGAN REKACIPTA LAMAN WEB KOLEJ PTPL TERENGGANU

Program pertama Kelab DTM/DKE Sesi Jun 2006

Info Umum
Tarikh : 28 September 2006
Pengarah program, Cik Nor Aznira Binti Yusoff
Ajk Perlaksana, Khirul Amir Jafar dan Norasyikin Bt Mohd Ariffin
Pengerusi Majlis, En Wan Noor Hishamuddin Bin Wan Mohd




En Wan Noor Hishamuddin Bin Wan Mohd, selaku pengerusi majlis memberikan kata-kata aluan kepada semua peserta dan hadirin yang hadir..



Terdiri dari Cik Zunaini, Pengetua Kolej, Pn Mashitoh, Pengarah Program, Cik Aznira dan barisan panel juri: Pn Azimah, Pn Mariam, Miss Farida yang dijemput mengadili pemilihan website terbaik..


Sebahagian dari hadirin yang hadir



Johan: Rohana dan Efarumi dari program DTM,
Hadiah: Madel, Wang Tunai RM 100.00 dan Sijil Penyertaan



Naib Johan: Khairunnisa dari program DTM juga
Hadiah: Madel, Wang Tunai RM 80.00 dan Sijil Penyertaan



Tempat Ketiga: Ahmad Izzat dan Nicky Cruz dari program DKE
Hadiah: Madel, Wang Tunai RM 50.00 dan Sijil Penyertaan


Juri pun dapat cenderamata juga....

Syabas kepada semua pemenang!!!

Semester depan kita akan anjurkan lagi....
Semoga semua pelajar jangan lepaskan peluang disamping menunjukkan skill masing-masing!!!



Terima kasih kepada semua yang terlibat......


Liliana Serina blogged at 5:47:00 PM