Tuesday, December 26, 2006

Dinner PTPL 2006

Seronok jugak la citer ni, konvoi ke KL walaupun akhir2 bulan yang kering tapi basah dengan air hujannya.. musim banjir.

Yang terlibat ngan konvoi 4 keta je... yang lain gi masing2 la..

Perjalanan bermula pukul 7.30 pagi jugak la...

Ni la encik pemandunya...





Perhentian pertama, kat Pantai Telok Kalong, Kemasik untuk breakfirst.

Maklum le dah tercegat kat depan kolej dari pukol 7 pagi lagi citer ni...





Pastu, kitorang berenti lagi kat R n R Temerloh untuk makan tengah hari..

Dalam pukul 2 petang...


Lepas tu teruskan perjalanan ke tempat penginapan yang disediakan dan sampai dalam pukul 5.00 petang la..


Malam tu kitorang keluar kejap jalan-jalan kat dataran merdeka sambil berposing-posing la citer ni...








Esok tu barulah gi dinner PTPL.. pukul 5.30 petang dah bertolak sebab takut jem punya pasal...
Dekat sejam jugak la nak sampai..

Sampai dalam pukul 6 dekat Convention Centre, bangunan sebelah KLCC. Sempat la posing sikit kat luar dewan..


Dalam pukul 7 petang la kitorang dibenarkan masuk dalam dewan....




Artis jemputan malam tu adalah makcik ni...


Ni masa kitorang lepas dapat hadiah cabutan bertuah dan door gift masing-masing

Tapi yang pastinya, grand lucky draw saya punya paling best kat PTPL Terengganu la citer ni...

Percutian kat Pulau Tioman...

Kak Imah (Pn Rahimah) pulak dapat Air-cond sebijik...

Apa-apa pun, terima kasih kepada semua yang sama-sama menceriakan perjalanan ke sana terutamanya encik driver kitorang tu....



Liliana Serina blogged at 5:49:00 PM



Sunday, December 17, 2006


RENUNGAN Bulan Disember..


Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah pun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.


Memang benar kita tidak tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang memberi seseorang .

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ia palsu, Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut,carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram.Carilah yang membuat hati anda tersenyum.

Mimpilah apa yang anda ingin mimpikan , pergilah kemana - mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan. Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia .

Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang,jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkanorang lain juga.Kabahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki semuanya yang terbaik. mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagaiaan terletak kepada mereka yang menangis ,mereka yang terluka , mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.

Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan kemesraan dan berakhir dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang disekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.

Wassalam


Liliana Serina blogged at 12:30:00 PM



Saturday, December 09, 2006

Buat pertama kalinya buat aktiviti ngan mentee sesi Jun 2006. Walaupun hujan tapi alhamdulillah, selamat jugak buat kat tepi pantai yang dijangka akan dilanda ribut durian pada hari tu..


Masa sampai, hujan baru je nak reda.. lapau punya pasal, makan la apa yang ada kat pondok yang terdekat.


Basah jugak la tapi buat-buat kering je la...


Lepas makan, gi santai kat tepi pantai sambil sembang-sembang bagi mengenali background mentee..




Yang pastinya, ini je la mentee yang ada bagi semester ini...



Liliana Serina blogged at 5:47:00 PM



Wednesday, December 06, 2006


Betul la macam orang kate... apa yang kita hargai dan sayangi pasti suatu hari nanti akan berlalu pergi meninggalkan kita... dah banyak yang terpaksa dilalui tahun ni... semuanya menyedihkan perasaan belaka...


Sorang kawan yang betul-betul rapat bukan hari-hari kita dapat jumpa... hari ini ia berlaku lagi... Farida:




Ikhlas kaknie katakan, kaknie cukup senang dan sentiasa gembira melalui hari-hari kerja yang sangat sibuk dan memenatkan dengan kehadiran farida... Kaknie tak pasti, adakah kerja kaknie akan dapat bertahan lama lagi di sini selepas ini...



Kenangan yang berlalu akan terpahat dihati selamanya...
Ikhlas,
KakNie


Liliana Serina blogged at 12:37:00 PM