Tuesday, April 05, 2011

Kisah Seram Di Bukit Putus

Kisah gempar dan menyeramkan ini terjadi kepada seorang lelaki yang bekerja di Seremban. Pada hari tersebut (hari khamis malam jumaat) beliau terpaksa balik ke Kuala Pilah kerana keluarganya mengadakan kenduri arwah. Selesai kenduri lebih kurang pukul 11.00 malam, dia pun terpaksa berangkat balik ke Seremban sendirian walaupun agak lewat kerana keesokkannya dia bekerja.

Sampai di Bukit Putus, jalan yang bengkang-bengkok tu, dia pun ternampak seorang perempuan berbaju putih sedang menahan keretanya. 

Hatinya tergerak pula ingin menolong. Lantas dia pun berhentikan keretanya dan bertanya Apa halnya cik adik malam-malam buta kat sini?,Abang.. tolong lah saya. Kereta saya rosak ni Puas dah saya tahan kereta lain. Tapi semuanya tak nak berhenti. Boleh tak tumpangkan saya sampai ke Seremban aje. Saya boleh bayar berapa abang nak??. Entah macam mana dia pun tergerak hati nak menolong perempuan berbaju putih yang cantik tu 

Oklah. Saya pun nak ke seremban jugak, terkeluar dari mulutnya Tapi hatinya masih lagi was-was Diapun membuka pintu dan mempelawa perempuan itu masuk. Perempuan tu bukannya nak duduk kat belakang, terus aje duduk di depan sebelahnya. Nak juga ditegur tapi terlalu pantas perempuan tu tutup pintu dan terus lock pintu. Berdegup juga hati lelaki tu. Dia cuba tenangkan dirinya seolah-olah takde apa yang berlaku. Dia masih lagi membisu kerana menyesal kenapalah dia dengan mudah aje membenarkan seorang perempuan menumpang keretanya di tengah malam buta ni seorang diri pulak tu

Tapi yang peliknya, hatinya macam ditarik-tarik supaya menolong perempuan tu Padahal, dia tu memanglah penakut dengan perempuan! Masing-masing hanya diam membisu beberapa ketika Tiba-tiba dia mula merasa seram & meremang bulu roma bila perempuan tu berbau wangi. Dia pun mulalah membaca ayat-ayat suci yang terlintas di kepalanya. Peluh mula membasahi dahinya. Dia makin tak senang duduk .Perempuan tu kelihatan agak bersinar bila kenderaan yang bertembung menyuluh kearah keretanya. 

Dia pun memberanikan diri dengan menjeling ke arah perempuan tu bila sampai ke selekoh yang tajam. Perempuan tu juga memandang kat dia sambil tersenyum. Menampakkan giginya yang putih ditambah lagi dengan baju yang dipakainya

Dia pun beranikan diri dan bertanya kenapa cik adik ni pakai baju putih malam-malam ni??

ni memang pakaian rasmi saya setiap malam jumaat

Saya ada kelas yasin jawab perempuan tu

Tapi.. putihnya lain macam aje tak pernah pulak saya tengoknya
tanya lelaki tu lagi.

Apa yang lain nya sama aje. Eh, betul ke tak pernah tengok??

Eyea lain macam aje. seram pulak saya dibuatnya
Ehh takkan sampai seram
Pakai aje le Breeze colour baru!!!

Lelaki tu bengang dan terus aje memecut keretanya

~ Senyum itu terapi minda..

 


Liliana Serina blogged at 11:49:00 AM