Wednesday, January 14, 2009

Alhamdulillah

Mengerikan sungguh malam tadi...

Tapi Alhamdulillah masih di bawah lindungan-Nyer

Tak sangka, masa duk sorang-sorang kat umah sewa, ada orang masuk umah kiter dengan niat untuk mencuri..

Malam tadi, lepas solat maghrib, baring-baring la kat atas katil sementara nak tunggu masuk waktu isyak dengan baju sembahyang sekali. Tetiba ada orang buka pintu bilik, jenguk dan terus tutup semula. Sebab sangka yang jenguk tu housemate, biar je la. Tapi rasa macam pelik sebab takde sapaan macam biasa bila housemate jenguk. Disebabkan baring membelakangkan pintu, maka nampak sekilas je yang die pakai baju t-shirt warna merah. Disebabkan confius, maka kiter panggil la nama budak tu tapi die tak jawab pun. Terus bukak pintu bilik dan tengok takde saper2 kat ruang tamu. pintu pulak terkunci dari dalam. Buka pintu depan dan terus panggil lagi sekali nama housemate tu. takde jugak. Ai, cepatnyer keluar dier ni. Tapi bila lihat pintu pagar masih bermangga, tetiba jer rasa seram.. Tambah seram lagi biler tengok cermin tingkap yang paling hampir ngan tombol pintu dah patah dua. Satu dekat ironboard dalam umah dan satu lagi masih dekat ngan tingkap. Ya Allah, ni musti orang masuk ni...

Terus jer amik telefon, call haousemate tanyer dia kat mana. Die cakap dah sampai kat Uitm 10 minit dah. Maksudnyer confirm memang ada org lain yang masuk tadi...

Dengan baju sembahyang jugak, terus kuar rumah takut orang tu ada lagi kat dalam umah. Nasib baik orang sebelah keluar sebab housemate telefon suruh datang umah sementara die balik. Call akak depan rumah tapi die tak angkat, 5 minit lepas tu die kuar dan tanyer aper yang berlaku...

Lepas cek semua barang, rupanyer die dah geledah bilik depan dan sempat amik cincin dan jam tangan housemate. Dia sangka bilik kiter pun takder orang, sebab tu la dia bukak pintu bilik dengan tujuan nak geladah jugak tapi bila nampak ada orang terus die kuar semula. Mungkin itu hikmah masih dalam berwuduk kot, Allah masih nak lindungi hambaNye sebab kalau die tergerak nak buat aper2, memang orang kat luar tak akan dengar pun.. Kalaula die mintak semua barang berharga, memang kiter mesti bagi punyer sebab dah tak tau nak buat aper sorang2.

Hakikatnya, Syukur sangat pada tuhan banyak2..


Liliana Serina blogged at 4:18:00 PM



Tuesday, January 06, 2009

Sambutan Tahun Baru 2009

Apa yang dirisaukan selama ni (semasa kerja kat PTPL Terengganu) dengan ayat "Bertukar" bila malam melabuhkan sayapnyer dah jadi kenyataan.. Kerisauan drive ketika malam

Tarikh yang agak canteq, bak kata Farida...

malam 31 Disember 2009

Malam tu ujan renyai2, dengan niat yang tulus ikhlas, nak antar mak solat isyak jemaah kat surau, dekat jer dalam 500m je dari umah, mak tak larat nak jalan..

Lepas solat isyak, masa masuk dalam kambing ijau nak balik umah, mak bising bercerita pasal budak2 sekarang suka bawak motor tak pasang lampu, baru jer tengok kiri kanan 4 kali, bagi signal, comfirm takde kenderaan, terus jer buat u-turn... tetiba bunyi PRAPPP......

Tak tau aper berlaku, mak cakap, " Nie.. abis keta mu.."

Pastu jemaah surau penuh keliling keta... Tak tau aper berlaku...

Pastu ader la sorang abang tu bukak kan pintu keta, cakap " akak, kuar dulu, biar saya alihkan keta..."

Lepas tu dengar la jemaah surau cakap, ader sebutir keta kancil yang tak pasang lampu, terus jer pecut keta lepas rempuh keta kiter...

isy... isy... isy... tak patut...

Hasilnyer macam ni la...

my poor little green goat..



Habis jugak la kat seribu..

Orang sambut tahun baru, kiter pun sambut jugak tapi dengan hantar keta kat bengkel...



Liliana Serina blogged at 9:08:00 AM