Wednesday, July 29, 2009

Kursus Induksi Kumpulan 1 Bil 34/2009
Anjuran KPTM
19 - 30 Julai 2009
Swiss Inn, Sungai Petani, Kedah




Liliana Serina blogged at 10:40:00 AM



Wednesday, July 15, 2009

Kursus 3P

Atas ajakan Ain dan Yatt, officemate, terpengaruh akhirnya untuk ganti staff gi jalani kursus 3P kat Politeknik Ungku Omar, Ipoh Perak. Selama 3 minggu, 14 Jun - 04 Julai 2009, lama tu…

Dengar pada tajuk, macam simple jer, Microsoft Windows Vista. Tapi tak sangka pulak susah cam bedil. Rasa macam tak qualified jer. Ada 2 exam paper by computer. Semua soalan aplikasi melibatkan MCQ dan simulation. Lepas exam, terus dapat result.

Kesannyer, yang first time sangkut. Rupanya ramai jugak yang sangkut, 13 dari 27 ketul. tapi alhamdulillah, semangat nak lulus tu diizinkan tuhan. Tapi nak gambarkan susahnyer exam tu, hanya 2 dari 10 yang resit tu jer yang lulus. Moralnya, bila kita dah jatuh, usaha lebih sikit dan semangat nak berjaya yang kita tanam dalam diri sendiri, Insyaallah, Dia akan izinkan… Yang paper kedua tu, alhamdulillah, sorang jer sangkut and guest what, marks 920/1000. Hahaha… Pencapaian yang agak membanggakan jugak la untuk motivasi diri sendiri…

Kat sana, tak sangka la pulak jumpa En. Isam, ex-ofice mate kat previous ofis dulu, sekarang kat Politeknik Kota. Dan alang-alang dah ada kat Perak, dia and clik dia ajak kitorang join makan mee udang Kuala Sepetang yang masuk dalam Majalah 3 tu. Thanks alot la kat diorang, sebab ajak, sebab nak ke sana jauh la jugak, siap kena masuk highway lagi tu, dalam sejam lebih jugak tu. Semata-mata nak makan mee tu. Tapi tak sia-sia la gi sana, sedap sangat ooo… RM10 sepinggan.




Dan selebihnya, hari-hari gi window shopping kat Jaya Jasco. Tu jer yang paling dekat.


Selebihnya, terperap kat dalam umah, study mengalahkan zaman universiti dulu...


Liliana Serina blogged at 11:50:00 AM



Thursday, July 02, 2009

Akhirnya Sampai Jua...


Dah lama nak ke Cameron Highland. Masa zaman sekolah, nak join rombongan , ayah tak izinkan, takut sesat katanyer, maklum ler anak pompuan kesayangan. PasAdd Imagetu cubaan lagi nak ke sana, masa zaman kerja, dah siapkan proposal dan diluluskan dah pun oleh pihak pengurusan. Tup-tup, dapat kerja lain. Melepas lagi.

Tapi kali ni memang tak sangka la sangat. Datang Ipoh ni just nak attend kursus, tapi tetiba jer kengkawan yang datang kursus sekali pun tak pernah ke sana. Aper lagi, alang-alang dah dekat..
Hari Sabtu, 28 June 2009,

Pertama kali dan mungkin yang terakhir kalinya untuk jejakkan kaki kat Cameron Highland, Pahang.. Bila sampai sana, memang la best sangat sebab memang impian nak petik Strawberry sendiri, tengok bunga ros yang beso2 dan satu lagi, duk kat tengah2 ladang teh yang menghijau. Semuanya dah tercapai, Alhamdulillah….

Masa kat Rose Valley













Masa kat Tea Valley






Masa Kat Strawberry Park






Masa Kat Bee Farm






Tapi hampir muntah dibuatnyer masa nak naik ke atas. Jalan bengkang-bengkok… Masa tu rasa serik sangat dah tapi bila kenang semua yang kat atas sana…..




Liliana Serina blogged at 12:10:00 PM