Tuesday, November 27, 2007

Motivasi diri


........................

Sementara peluang belum terbuka, bekerjalah dengan ikhlas dan jujur – meskipun sebagai seorang pembantu rumah. Majikan kita yang sebenar adalah ALLAH yang sentiasa melihat, menilai dan bersama kita setiap ketika. Dalam masa yang sama berusaha untuk mendapatkan peluang yang lebih baik.

Usah terlalu merendah diri dengan kedudukan anda, sebab bukan semua kehebatan orang dalam suluhan ALLAH.

Nabi s.a.w bersabda:
Apabila kamu melihat bahawa ALLAH SWT memberi nikmat kepada hamba-Nya yang selalu membuat maksiat (derhaka) maka ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh ALLAH.
(Riwayat Attabrani, Ahmad dan al-Baihaqi).

Ramai di antara kita sudah tidak faham tentang nikmat dan rahmat ALLAH. Kuasa dan kekayaan digunakan untuk menzalimi orang bawahan. Kekayaan dan kedudukan hanya digunakan untuk kepentingan diri sendiri. Tidak sedar langsung kadang-kadamng nikmat yang melimpah ruah itu bermaksud ’kemurkaan’ ALLAH, dalam istilah lainnya, istidraj.

Tentu lebih mulia seorang pembantu rumah yang sedikit pendapatannya tetapi masih mengekalkan sifat-sifat kehambaannya terhadap ALLAH berbanding si kaya yang hidup bergelumang dengan harta tetapi ia nikmat yang tidak diredai.

Petikan dari: Majalah Nur, Disember 2005, m/s 135


Semoga ianya memberikan pedoman untuk kita semua dalam meneruskan sisa-sisa kehidupan yang hanya sementara ...



Liliana Serina blogged at 4:07:00 PM