Julung kalinya di bawah kelolaan Jabatan Terkecil di PSMZA, Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi, JTMK.
Penutup perhimpunan bulanan bagi tahun 2009...
Kekalutan exam final tak menghalang semua warga JTMK untuk menjayakan perhimpunan terakhir pada tahun ini...
Pembaharuan yang dibuat, agak mengImpresskan ramai pihak termasuklah Tuan Pengarah sendiri,
Paling terserlah, Pengrekodan kehadiran berkomputer secara atas talian yang mampu mengeluarkan peratus kehadiran staff secara terus pada slaid mengikut Jabatan. From my point of view, I guess la.. hehehe..
Gambaran di sekitar persiapan..
Tahniah dan syabas kepada semua warga JTMK yang terlibat...
Liliana Serina blogged at 10:22:00 AM
Monday, November 30, 2009
Sayang punya pasal
Raya kedua, gi jalan2 kat belah besut, makan sotong goreng.. Masa way balik, singgah pantai...
Tapi syarat lepas main pasir pantai, lap, jangan tak lap...
Keta baru la katakan, hehehe...
Liliana Serina blogged at 9:44:00 AM
Aidiladha 2009
Banjir tahun ni kat Tganu boleh tahan jugak, tapi itu semua tak menghalang semua untuk berkumpul..
Ramai sebenarnya, gamit rumah, ngalahkan pasar...
Gelagat Atikah yang dah setahun tak jumpa, mencuit hati semua...
Maklum la, setahun sekali baru boleh jumpa...
Liliana Serina blogged at 9:42:00 AM
Jalan-Jalan kat Melaka Lepas abis kursus BTN, ingat nak balik terus tapi abang lak tak kasi. Suruh balik sekali ngan dia.. Maka sempat la jalan-jalan jap kat Melaka.
Menara Taming Sari,
Shopping kat Dataran Pahlawan, Makan Yong Tau Foo Special, sampai licin dibedal, huhuhu..
Liliana Serina blogged at 9:41:00 AM
Kursus kenegaraan
Last minit baru tau, kena kursus BTN kat D'Village Trainning Centre, Melaka... Kelam-kabut, nak kena siapkan barang. Habis semua barang pinjam. TQ semua sebab bagi pinjam. Nak cari dah tak sempat...
Kat sana, rasa cam budak sekolah lak, siang-malam baju putih ngan kain itam jer.
Pagi n petang sukan.
Tapi sebab fasilitator yang best2, Tuan Rahman yang buat semua pecah perut kalau dah pegang microphone, Pak Akob pulak, tak sah kalau tak sound kiter dalam sehari tapi sebenarnya carring... Dan Pak Sidek yang cam muka tentera nazi tapi bila start sembang, baru tau...
Walaupun masa pad, tapi seronok pulak rasanya kursus kali ni.. Time kasih banyak..
Liliana Serina blogged at 9:38:00 AM
Sunday, November 15, 2009
Last Day Berkhidmat
Bukan saya la citer ni, tapi staf admin di jabatan.
Puan Suhana, Sedikit majlis keraian sebagai tanda ingatan dari kami semua di jabatan, hargai jasanyer kerana dah banyak memudahkan urusan kami semua. Kami hargainya...
Semoga dapat teruskan khidmat cemerlang di Sekolah Men (A) Khairiah, Kuala Terengggan pula yer, Byee...
Liliana Serina blogged at 11:50:00 AM
Monday, November 09, 2009
Jamuan Akhir Semester DIP1S4
Lokasi yang dipilih, Pantai Teluk Kemang, Kemasik.
Atas inisiatif sebagai lecturer pengiring jer, menggantikan Penasihat Akademik diorang yang ada urusan. Sian jugak, kalau takde pengiring, diorg kena cancel pulak program.
Diorang memang bernasib baik, apa taknyer, dah 3 hari ujan turun berturut-turut. Dan dijangka ujan jugak ari ni, tapi rupanya panas hingga ke petang. Alhamdulillah…
Maka boleh la diorang bbq ayam…
Main pasir…
Mandi… Kol 1 t/hari tu..Walaupun dilarang tapi alasan diberi, "belum mandi pagi lagi la cik"...
Siap bagi cenderahati kat saya lagi. Tima kasih banyak...
Hakikatnya, dari pemerhatian saya, diorang student yang baik-baik semuanya walaupun datang dari background yang pelbagai. Secara jujurnya, saya senang ngan awk semua... Semoga attitude yang indah ini dikekalkan sampai bila-bila...
Liliana Serina blogged at 3:18:00 PM
Tuesday, November 03, 2009
Huru-Hara di Minggu Audit KPTM
Antara suasana cam dalam bilik BSKL gayanya.. Semua untuk menyambut kedatangan Encik-encik dari KPTM yang berkenan untuk mengaudit PSMZA esok dan lusa....
Sian En. Printer, hang memanjang dalam sehari melayan kerenah pensyarah2 jabatan IT... Jabatan lain pun mesti senasib jer tu..
Heheheee... Wish luck untuk semua dari saya...
Liliana Serina blogged at 2:26:00 PM
Tuesday, October 20, 2009
Penutup Syawal 2009
Sambutan Raya Jabatan Teknologi Maklumat.
Walaupun malam tadi, dah masuk 1 Zulkaedah 1430H, namun kalau ikut kiraan omputih, still raya lagi.. hehehe.
Sebab tak sempat punya pasal, kira oklah...
Boleh tahan jugak la meriahnyer, turut meraikan Ketua Jabatan baru, En Ramli dan mantan Ketua Jabatan, En Ghaffar.
Juga turun untuk mencemar duli, Tuan Pengarah PSMZA sendiri...
Yang tersiratnyer pulak, untuk meraikan 20 Oktober 2009. Hehehee....Doakan semoga doa-doa saya diperkenankan olehNya.... Amin
Kan Aqil comel...
Liliana Serina blogged at 11:27:00 AM
Thursday, October 15, 2009
Sambutan Raya Politeknik 2009
Sekitar sambutan Raya anjuran Ketua-Ketua Jabatan, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin 2009
Dan ni la Ketua Jabatan baru kitorang, En Ramli...