Tuesday, June 15, 2010

Pejam celik, dah masuk 2 Rejab 1431H. Tinggal lagi 2 bulan untuk kita menjalani ibadah puasa pulak. Cepatnya sungguh masa berlalu sehinggakan jika dihitung, sebanyak manakan kita dah kumpul saham akhirat kita tu.




Mengikut Syeikh Abdul Rahman AsSafuri , 7 perkara yang disuruh kita lakukan dalam bulan Rejab:
  1. Berpuasa pada hari pertama, ke2, ke3, ke4 dan ke5 dalam bulan Rejab, niatnya ialah “ Sahaja aku berpuasa esok hari sunat bulan Rejab kerana Allah Taala “ , mengikut keterangan hadis siapa yang berpuasa dalam bulan Rejab dikurniakan Allah 3 perkara : Diampunkan segala dosanya yang lalu, dipelihara Allah umurnya yang tinggal daripada melakukan maksiat dan dimudahkan menghadapi perhitungan di Padang Masyar kelak.
  2. Mandi sunat pada awal (1 Rejab), pertengahan (15 Rejab), dan akhir (29/30 Rejab), niatnya “Sahaja aku mandi sunat bulan Rejab kerana Allah Taala“
  3. Membaca istighfar - Allahummaghfirli warhamni watub’alaiya (70x pagi dan 70x petang)
  4. Bersedekah
  5. Menyukakan hati orang yang beriman
  6. Membaca surah Al Ikhlas 12x setiap hari
  7. Membaca tasbih sebanyak 100x setiap hari
  • dari 1 hingga 10 Rejab – Subhanallahil Hayyil Qayyum
  • dari 11 hingga 20 Rejab – Subhanallahil Ahadis Somad
  • dari 21 hingga akhir Rejab – SubhanallahirRauf

Tak terlewat kiranya bingkisan ini kita sama-sama hayati dan amalkan. Semoga kita mendapat manafaat darinya. Insyaallah..


Liliana Serina blogged at 8:29:00 AM